Kita Mungkin Serupa

Monday, April 16, 2012


Allah akan menempatkan orang yang menghafal Al-Quran di atas kerusi kemuliaan dan menganugerahkan pahala yang banyak. Orang yang menghafal Al-Quran ini dikenali sebagai Hamilul-Quran. Kalau kita pergi ke satu tempat pengajian Islam atau di mana-mana sahaja, kita akan bertemu dengan Hamilul Quran. Apabila dolongan ini terus hidup, maka terpeliharalah kesucian Al-Quran daripada penyelewengan kandungannya.

Golongan ini biasanya selalu membaca Al-Quran supaya Al-Quran yang dihafal pada sebelumnya tidak dilupakan.
Golongan ini merupakan manusia biasa. Mereka tidak sunyi daripada masalah dan kesalahan. 
Masalah yang dihadapi oleh golongan ini merupakan ujian Allah yang bertujuan untuk menguji keimanan mereka seterusnya dilimpahkan rahmat yang banyak sekiranya mereka bersyukur. Jika anda seorang penghafal Al-Quran atau anda ingin mengahfal Al-Quran tentu anda tahu bahawa menghafal kitab suci itu bukannya kerja yang mudah.

Perumpamaan kehidupan ini sama seperti sepohon kayu yang berbuah. Peringkat berbuah ini dimisalkan seperti para huffaz.
Tidak semua buah itu boleh dipetik dengan baik dan tidak semua buah itu dari pohon itu berbuah dengan baik.
Mungkin buah itu dijangkiti serangga semasa ia berputik dan pasti ia mengalami keburukan selepas itu. Ataupun ia dibaling, dipatuk burung dan seumpamanya. Ini semya gangguan bagi buah dan nasibnya. Kesimpulannya, hakikat hidup sebagai Hamilul Quran ini ialah berhadapan dengan ujian yang banyak sehingga terbentuk corak kehidupan huffaz yang luar biasa. Memandangkan tawaran yang tinggi di sisi Allah menyebabkan syaitan meluahkan kedengkiannya yang amat dahsyat kepada golongan ini. Hadith nabi ada menyebut yang bermaksud bahawa,
"Orang yang paling baik dari kalangan manusia ialah orang yang belajar Al-Quran kemudian dia mengajar manusia daripada apa yang difahami dari ilmu Al-Quran itu."

Prestasi huffaz di sini boleh dinilai pada kemampuannya berhadapan dengan tiga godaan. Pertama sekali ialah ujian dari Allah yang datang pada diri penghafal Al-Quran itu sendiri seperti sakit, malas dan sebagainya. Penghafal Al-Quran semestinya menjaga kesihatan diri termasuk kerohaniannya. Bermula daripada penjagaan makanan sehinggalah kebersihan diri. Mutu hafalan itu banyak bergantung paad kesihatan. Fikiran yang sejahtera menjamin daya ingatan yang kuat.
Oleh yang demikian, penghafal Al-Quran patut mengambil makanan yang baik yang boleh membantu kelancaran hafalan. Kalau anda ada masalah kesihatan seperti sakit kepala, demam dan seumpamanya, atasilah segera kerana penyakit ini menyulitkan hafalan anda. Selain itu, penyakit rohani seperti malas, riak dan seumpama dengannya boleh diatasi dengan menunaikan solat sunat malam, berdoa, bertafakkur, bermuhasabah dan seumpamanya. Otak yang kusut kerana dirasuk godaan syaitan merupakan penyakit paling bahaya untuk menghafal Al-Quran. Untuk menghafal Al-Quran semestinya berada daalm keadaan tenang dan harmoni. Seterusnya melahirkan keikhlasan dan keinsafan diri kepada Allah, insyaAllah Dia akan memberikan rahmat-Nya kepada anda.

Mutu hafalan itu banyak bergantung pada kesihatan. Fikiran yang sejahtera menjamin daya ingatan yang kuat. Oleh yang demikian, penghafal Al-Quran patut mengambil makanan yang baik yang boleh membantu kelancaran hafalan.

Untuk mendapat kejayaan dalam sesuatu perkara kita mesti ada kesungguhan. Tidak mungkin kejayaan yang diharapkan itu boleh datang tanpa usaha. Orang yang menginginkan seuatu tetapi tidak mahu berusaha samalah seperti seseorang yang mahu manis tetapi tidak mahu gula. Benarlah kata hamba Allah itu bahawa kejayaan itu bermula pada diri sendiri. Jika lalai pada sesuatu perkara maka diri sendirilah yang menanggung risikonya. Pepatah arab ada bermaksud,
"Engkau mengharapkan kejayaan tetapi jalan kejayaan itu engkau tidak mahu ikuti, bolehkah sebuah bahtera belayar di atas sebuah daratan? Sebagai mukmin tidak boleh terlepas dari ujian ini."

Wallahu'alam..


Dipetik dan Diubahsuai :
Majalah MIDAD HUFFAZ IPT Al-Quran Wal Qiraat,
Lujnah Penerbitan 1996 & 1997,
Persatuan Kebajikan,
Institut Tahfiz Al-Quran,
JAKIM.


2 comments:

Unknown said...

subhanallah...teruskan bernukil2

Unknown said...

subhanallah..teruskan bernukil2..hihi

Post a Comment