Nabi SAW suka menyisir rambut dan janggutnya dengan rapi. Rambutnya juga dikatakan tidak kerinting juga tidak begitu lurus. Kadang kala Baginda panjangkan rambutnya hingga ke paras bahu dan kadang kala setakat kedua-dua belah telinganya. Dan Baginda juga mewarnai rambutnya menggunakan inai.
Nabi SAW juga sentiasa memakai celak. Dalam sebuah hadis riwayat daripada Ibnu Abbas r.a., katanya : "Nabi SAW bersabda; Bercelaklah kamu dengan batu ithmid (batu celak yang telah dijadikan serbuk), kerana ia dapat mencerahkan penglihatan dan menumbuhkan (melebatkan) bulu mata."
Nabi SAW amat suka memakai minyak wangi. Ibnu Umar r.a. berkata Rasulullah SAW bersabda ; "Tiga perkara yang tidak sepatutnya ditolak (oleh seseorang tetamu), iaitu ; bantal, minyak wangi dan susu." - Riwayat Qutaibah bin Sa'id, dari Ibnu Abi Fudaik, dari Abdullah binMuslim bin Jundub dari ayahnya, bersumberkan dari Ibnu Umar r.a.
Warna yang menjadi kegemaran Nabi SAW ialah putih dan hijau. Namun begitu Baginda juga pernah berpakaian hitam, merah hati, kelabu dan warna bercampur-campur. Al-Nasai dan Al-Hakim meriwayatkan hadis daropada Samurah r.a. yang berkata Rasulullah SAW bersabda ; "Pakailah pakaian berwarna putih kerana ia lebih suci (bersih) dan baik. Gunakanlah ia sebagai kapan pembungkus jenazah orang mati."
::Sumber : Akhbar ILUVISLAM Bil. 49
3 comments:
TQ atas perkongsian ilmu ini :)
Salam ziarah n salam perkenalan.Siapa nama owner blog ni?Terima kasih dengan ilmu yg dikongsikan
http://sweetcardigan20.blogspot.com/2011/02/cardigan-free-utk-contest-pose-dengan.html
Post a Comment