Sifat Peribadi Rasulullah S.A.W

Thursday, February 24, 2011

Nabi SAW suka menyisir rambut dan janggutnya dengan rapi. Rambutnya juga dikatakan tidak kerinting juga tidak begitu lurus. Kadang kala Baginda panjangkan rambutnya hingga ke paras bahu dan kadang kala setakat kedua-dua belah telinganya. Dan Baginda juga mewarnai rambutnya menggunakan inai.


Nabi SAW juga sentiasa memakai celak. Dalam sebuah hadis riwayat daripada Ibnu Abbas r.a., katanya : "Nabi SAW bersabda; Bercelaklah kamu dengan batu ithmid (batu celak yang telah dijadikan serbuk), kerana ia dapat mencerahkan penglihatan dan menumbuhkan (melebatkan) bulu mata."

Nabi SAW amat suka memakai minyak wangi. Ibnu Umar r.a. berkata Rasulullah SAW bersabda ; "Tiga perkara yang tidak sepatutnya ditolak (oleh seseorang tetamu), iaitu ; bantal, minyak wangi dan susu." - Riwayat Qutaibah bin Sa'id, dari Ibnu Abi Fudaik, dari Abdullah binMuslim bin Jundub dari ayahnya, bersumberkan dari Ibnu Umar r.a.


Warna yang menjadi kegemaran Nabi SAW ialah putih dan hijau. Namun begitu Baginda juga pernah berpakaian hitam, merah hati, kelabu dan warna bercampur-campur. Al-Nasai dan Al-Hakim meriwayatkan hadis daropada Samurah r.a. yang berkata Rasulullah SAW bersabda ; "Pakailah pakaian berwarna putih kerana ia lebih suci (bersih) dan baik. Gunakanlah ia sebagai kapan pembungkus jenazah orang mati."

::Sumber : Akhbar ILUVISLAM Bil. 49

Kalimah Yang Baik


"Dan kalimah yang baik itu sedekah."
[Riwayat Bukhari]


"Siapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat hendaklah beliau mengatakan yang baik atau dia diam (sahaja)."
[Hadis Muttafaq]

"Sesungguhnya hamba itu akan berkata-kata dengan perkataan yang beliau (sendiri) tidak jelas . Kerana perkataan itu beliau tergelincir ke dalam neraka yang lebih jauh (jaraknya dari jarak) antara timur dengan barat."
[Hadis Muttafaq]


"Kiranya Rasulullah saw itu dianggap sebagai qudwah hasanah kepada semua manusia , maka para duatlah orang yang paling utama mengikut Rasulullah saw dari orang lain . Oleh itu para duat Islam hendaklah melihat bagaimanakah keadaan baginda Rasulullah saw."

"Seseorang itu akan berkata dengan perkataan yang diredhai Allah , beliau tidak menyangka bahawa kalimah-kalimah itu akan sampai kepada apa yang telah dicapainya . Allah menulis keredhaan baginya kerana kalimah-kalimah itu , hinggalah pada hari beliau menemui Allah . Dan seseorang itu akan berkata dengan perkataan yang dimurkai Allah . Beliau tidak menyangka bahawa kalimah-kalimah itu akan sampai kepada apa yang telah dicapainya . Allah menuliskan kemurkaan baginya kerana kalimah-kalimah itu , hingga pada hari beliau menemui Allah."
[Riwayat Malik dan Tarmizi]


.::sumber : risalah 'NEW GENERATION (Ke Arah Generasi Berthaqafah)'


Kisah Hati ♥

Thursday, February 10, 2011
♥ di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt .

♥ di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan Allah swt .

♥ di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt .

♥ di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung , bertemu dan berjumpa dengan-Nya .

♥ di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan larangan-Nya serta qadha dan qadar-Nya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemui-Nya .

♥ di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepada-Nya dan bermohon kepada-Nya .

Kesentiasaan berzikir kepada-Nya adalah keikhlasan sebenar kepada-Nya .
Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia , masih tidak lagi dapat membendung hajat hati si hamba itu .

..Kalam IBNU QAYYUM

::Suara Perkim UUM Edisi 4/mutiarasilam