Kasih Iman NurMujahadah

Saturday, January 15, 2011
Sesungguhnya cintailah insan yang mampu menyinari cinta kita pada Ilahi . Walaupun dalam diam itu lebih baik daripada terangan  yang membawa seribu kemungkinan .



....................................................................................................................................................................

Suasana dingin yang mencengkam tubuhnya sejak 2 jam tadi terasa bagaikan menggigit hingga ke tulang hitam . Kurung biasa dan tudung litup yang membaluti tubuhnya tidak mampu untuk mengurangkan kedinginan . Hampir 2 jam dia bertapa di dalam bilik belajar 24 jam Perpustakaan Sultanah Bahiyah ini . Selesa walaupun kadangkala kekusyukannya terjejas lantaran ada pelajar yang tidak 'mendiamkan' telefon bimbit mereka . Dia selesa mengunjungi PSB pada waktu-waktu pagi an juga petang kerana tika ini tidak ramai pelajar yang sanggup untuk menghabiskan masa di PSB , masa-masa sebegini lebih sesuai digunakan untuk beradu di atas katil asrama .

....................................................................................................................................................................

Dia sukakan akhlak yang ditunjukkan oleh muslimin itu . Dia bukanlah seorang yang begitu mudah untuk jatuh hati . Malah , perkara inilah yang seringkali cuba dielakkan sepanjang usianya yang hampir mencecah 23 tahun itu . Bukan menolak jodoh tetapi dia masih terikat dengan amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul dan dilaksanakan sebaik mungkin pada ibu dan ayahnya . Dia masih belum bersedia lagipun rahsia hatinya biarlah hanya Dia yang tahu . Jangan memberi harapan kepada insan sedangkan kita sendiri masih mencari-cari harapan untuk meneruskan perjuangan di bumi Allah ini . Tetapi kini , pertemuan pertamanya semasa menghadiri Kursus Pengurusan Organisasi JPPK tidak lama dahulu masih berbekas di hatinya . Alunan ayat-ayat suci Kalamullah yang dibacakan semasa qiamulail masih terngiang-ngiang lagi , mengusik nurani kewanitaannya . Dia terhutang budi dan nyawa pada Najmi Haqimie . Najmi Haqimie . Itulah nama yang berjaya mengetuk pintu hatinya . namun , rahsia ini disimpan sekejap . Mungkin hanya pada Raudhatul Ilmi sahaja dicurahkan rahsia hati ini . Kesopanan dan ketertiban Najmi Haqimie dalam menjalinkan ikhwah dihormati . Kepimpinannya dalam meletakkan Islam sebagai asas perjuangan dikagumi . Aduhai , itulah anugerah Ilahi buat insan yang bernama Najmi Haqimie . Puas sudah dia berdoa agar nama dan ingatan terhadap muslimin pilihan hatinya itu dilupuskan daripada kanvas jiwanya . Tadahan doa dan solat hajat terusan dilakukan . Namun ingatan nuraninya semakin kuat . Apakah ini ketentuan Ilahi ? Ahh , tidak . Mungkin ia hanya mainan syaitan laknatullah yang cuba untuk menipiskan iman di dadanya .

....................................................................................................................................................................

Pertanyaan Ustaz Shamsuri mengenai masa depannya masih menjadi persoalan . Ya Allah , rupanya desas-desus mengenai beberapa siswi yang merisik khabar dia daripada ustaz-ustaz di Pusat Islam terbukti ada benarnya , bukan sekadar usikan rafik-rafiknya . Siapalah dia ? Dia hanyalah insan biasa , serba kekurangan . Dia sendiri masih terkapai-kapai mencari jalan keredhaan Ilahi biarpun sudah terang disuluh ilmu yang dicari . Amanah Ilahi bukanlah suatu yang main-main .

"Nta , ana ni sekadar nak menyampaikan hasrat orang," tenang sekali bicara Ustaz Shamsuri, lulusan Jordan berusia 35 tahun itu .

"Ada yang bertanya khabar . Memilih nta sebagai peneman hidup pembimbingnya menuju ke jalan Ilahi . Kalau nta sudah mempunyai calon , beritahulah , kalau belum , cuba-cubalah pertimbangkan hal ini."

Bertemankan Syaiful Syahid , dia menunaikan juga janji untuk bertemu dengan ustaz yang dia hormati itu setelah dimaklumkan oleh seorang teman melalui sms . Rupanya ini yang ingin dibincangkan . Aduh , bersediakah dia ?

"Tak sangka pula ana , siapalah agaknya yang menjadi Siti Khadijah kedua ini . Beraninya dia," kagum Syaiful Syahid dengan tindakan muslimat itu . Seakan menyamai dan mungkin boleh dikatakan bahawa dia mencontohi kisah Siti Khadijah r.a yang meminang Rasulullah saw .

Jarang terjadi dalam sejarah mereka , muslimat membait muslimin . Selalunya muslimin yang akan menggunakan ustaz-ustaz di Pusat Islam , Darus Syifa' untuk merisik seterusnya taqdim muslimat terpilih di hati . lain pula dengan kisah sahabat baiknya yang seorang ini . Syaiful Syahid tersenyum .

"Wallahu'alam . Tak tahulah . Dalam ramai , mengapa mesti Qimie ? Masalah-masalah," Syahid hanya mampu menggelengkan kepalanya .

....................................................................................................................................................................

Ya Allah , mengapa wajah itu yang muncul dalam mimpinya ?
Ya Allah , sudah 3 hari hanya wajah itu yang hadir .
Berita tentang keberangkatan gadis itu bersama-sama keluarganya ke Tanah Suci sudah diterima .
Namun , terasa sayu melepaskan gadis itu pergi .
Dan pada 3 malam yang lepas , dia bermimpi gadis itu datang dengan wajah yang paling tenang , paling manis dengan telekung putih .
Seolah-olah ingin menjengah suatu kerinduan .

....................................................................................................................................................................

Ya Allah , apakah benar berita ini ? Janganlah kiranya semua ini terjadi . Masih terngiang-ngiang bicara Iman Nurmujahadah padanya semasa dia wida' gadis itu bersama-sama keluarganya ke Tanah Suci .

"Ilmi , Adah mohon maaf , Ilmi . Halalkan makan minum Adah , ilmu yang Ilmi kongsikan dengan Adah . Ada peluang Adah meninggal di sana . Bersama-sama para syuhada' dan syahida' .

Iman NurMujahadah sudah kembali ke rahmatullah . Hasratnya untuk bersama-sama sanjungan agama tercapai . Iman NurMujahadah sudah meninggalkan diri . Dia meninggal kerana sakit barah otak , yang dirahsiakan . Ya Allah , betapa kuatnya semangatmu wahai sahabat . Mengapa tinggalkan Ilmi ? Air mata yang dialirkan tidak mampu untuk mengubah ketentuan yang sudah pasti .

....................................................................................................................................................................

Terasa bagai diawangan ketika Raudhatul Ilmi menyampaikan berita itu . Gelap pandangannya . Dia memerhati dengan pandangan kosong . Iman NurMujahadah , sudah pergi meninggalkan segala angan-angan indah yang telah difikirkan pada kanvas impian . Bungkusan yang diserahkan padanya oleh Raudhatul Ilmi masih di dalam genggaman . Benarkah ?

Ya Allah , berikan daku ketabahan . Sehelai jubah putih dan kitab suci kiriman pertama dan terakhir daripada Allahyarhamah Iman NurMujahadah dijamah dengan pandangan sayu . Apakah kehadiranmu dalam mimpiku sekadar untuk kasihmu .

Lipatan kertas putih itu dibuka dengan perlahan dan penuh teliti . Isi surat tersebut dibaca sebutir demi sebutir tatkala kalimah Allah dituturkan . Surat yang menceritakan rahsia dan kasih seorang gadis mengungkap segala rahsia .

"Bismillah .
Assalamualaikum .
Buat pejuang di jalan Ilahi ,
Semoga nta sentiasa di dalam rahmat Allah . Tatkala warkah ini sampai kepadamu , mungkin hanya  nama Iman NurMujahadah menjadi tatapan . Mengasihi nta dalam diam adalah rahsia kasih ana . Namun , badai gelombang yang melanda seolah-olah menguji keyakinan kasih ana pada nta . Seandainya ada jodoh kita , ana mohon semoga kita dipertemukan di sana biarpun bukan sebagai suami isteri . Ana hargai budi baik nta , ana doakan nta bertemu jodoh yang sekufu . Ini doa ana di depan Kaabah . Andai  kita tidak ditakdirkan untuk berjumpa lagi , ana tidak ralat kerana mengasihi nta walaupun dalam diamialah yang membawa ana mengenal cinta Agung , cinta Ilahi . Akhirul qalam , semoga nta akan berjaya dunia dan akhirat .

Hanya Tuhan Yang Tahu .
Srikandi Cinta Ilahi .
Iman NurMujahadah binti Abdul Razak ."



*Dipetik dan diubahsuai daripada risalah 'NEW GENERATION ( Ke Arah Generasi Berthaqafah )'


8 comments:

nadzirah ahmad said...

best best ;D
btw, ade kna mgna ke ngn perasaan umai skrg. hehe. jk.

Cinta Nur Iman said...

Umai...
Sob sob... T_T

WardatusSyauqah said...

Nadzirah Ahmad ;
ty .
sekadar mengambil iktibar .
tak ada kena mengena dengan yang zahir mahupun batin :-p

WardatusSyauqah said...

Cinta Nur Iman ;
tabah :)

nasir said...

cinta yg dibina atas dasr k\iman dan taqwa insyallah mndpt redha allah..

The legend said...

seronok bce crpen 2.. bnyk mnfaat nye..

Nini Hartini said...

As'salam...

dah lama x bc cerpen2 mcm ni. best2.
dulu ms belum walimah cerpen2 mcm ni sering
jd santapan jiwa ;p

WardatusSyauqah said...

nasrul ;
terima kasih . sama-sama kita kongsikan .

♥Tsuwaibah♥ ;
W'slm wbt .
syukran ;)

Post a Comment