Allah akan menempatkan orang yang menghafal Al-Quran di atas kerusi kemuliaan dan menganugerahkan pahala yang banyak. Orang yang menghafal Al-Quran ini dikenali sebagai Hamilul-Quran. Kalau kita pergi ke satu tempat pengajian Islam atau di mana-mana sahaja, kita akan bertemu dengan Hamilul Quran. Apabila dolongan ini terus hidup, maka terpeliharalah kesucian Al-Quran daripada penyelewengan kandungannya.
Golongan ini biasanya selalu membaca Al-Quran supaya Al-Quran yang dihafal pada sebelumnya tidak dilupakan.
Golongan ini merupakan manusia biasa. Mereka tidak sunyi daripada masalah dan kesalahan. Masalah yang dihadapi oleh golongan ini merupakan ujian Allah yang bertujuan untuk menguji keimanan mereka seterusnya dilimpahkan rahmat yang banyak sekiranya mereka bersyukur. Jika anda seorang penghafal Al-Quran atau anda ingin mengahfal Al-Quran tentu anda tahu bahawa menghafal kitab suci itu bukannya kerja yang mudah.