Bismillahirrahmanirrahim..
Beberapa hari ini, saya mula terjaga daripada lamunan mengenai betapa asyiknya dunia mempermainkan kita, mungkin sudah terlewat (bagi segelintir insan yang terlebih dulu hidup dalam penghayatan Islam yang sebenar) untuk saya menyedari hal ini, hal yang amat besar maknanya dalam hidup umat Islam, tetapi syukur pada-Nya, kesedaran ini masih belum terlambat, masih belum terlajak hingga tibanya Hari Perhitungan bagi seluruh umat manusia.
Kesedaran ini amat bermakna kepada saya, kesedaran yang membawa kepada berlakunya penghijrahan dalam hidup saya. Saya mula berani berfikir, sedalam mungkin,. Saya berfikir mengenai peranan HATI dalam setiap ibadah kita terhadap-Nya.
Saya mula sedar betapa pentingnya 'tanggungjawab' HATI dalam hidup kita. Saya sedar betapa besarnya makna sebenar HATI dalam ibadah kita sama ada untuk dunia dan akhirat.
HATI
Saya mula mengambil berat 'soal' HATI. Saya mula melawan 'nafsu' HATI. Saya mula menetapkan 'niat' dalam HATI hanya kerana-Nya. Kerana ALLAH Yang Maha Esa.
Saya mula bangun dan menyedari bahawa setiap ibadah tidak hanya berlandaskan perilaku dan kata-kata sahaja. Ia mesti didasari dengan ketakwaan terhadap ALLAH dan di sini bermulanya 'tindakan' H.A.T.I. Empat kalimat yang mudah disebut dan dieja namun sukar diertikan serta payah diselami maksud sebenar yang tersirat di dalamnya.
Peranan HATI begitu besar hingga saya tersedar bahawa tiang agama itu wajib ditunaikan dengan penuh khusyuk dan tawaduk dengan menggunakan HATI. Bukan sekadar melakukan beberapa pergerakan, menyebut beberapa kalimah Allah, dan memeberi dua salam, tetapi tiap solat itu mesti disertakan dengan HATI. HATI yang memberi maksud ikhlas, khusyuk, dan penuh kasih pada Pemilik Seluruh Alam Semesta.
Saya sedar bahawa tiap-tiap zikir itu juga perlu khusyuk. Zikir, mengingati ALLAH dengan memuji kebesaran-Nya perlu ikhlas. Di sinilah peranan HATI amat diperlukan sekali lagi. Kita berzikir, mengucapkan kalimah 'SubhanaALLAH', tetapi dalam masa yang sama, terlintas urusan dunia yang perlu diselesaikan. 'Zikir' inilah yang sering dipermainkan oleh umat Islam masa kini.
Solat, zikir, dan
Saya juga sedar bahawa sedekah mestilah dilakukan dengan HATI yang ikhlas. Ikhlaskan HATI bahawa sedekah itu tidak akan mengurangkan rezeki bahkan akan menambah rezeki kita. Ikhlaskan HATI liLLAHI TAALA kerana apa sahaja yang kita lakukan dilihat dan bakal dihitung oleh ALLAH. Firman-Nya yang bermaksud,
"Sesungguhnya orang-orang yang munafik itu hendak menipu ALLAH dan ALLAH akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk solat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riyak (dengan solat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut ALLAH, kecuali sedikit sahaja." (an-Nisa : 42)Saya tersedar daripada lamunan. Saya tersedar bahawa setiap apa yang kita lakukan sejak lahir hingga kini perlu disertakan dengan niat kerana-Nya. Bukan perlu tapi MESTI. Mesti buat kerana TAKUT kepada ALLAH. Bukan kerana inginkan ganjaran pahala dan syurga, tapi hanya satu, iaitu TAKUT kepada ALLAH!
Takut
Rasa gusar dan gerun mula menyelubungi sanubari tatkala sahabat, Cahaya Syurga berkongsi sedikit motivasi daripada sebuah bahan ilmiah yang baru kami dapatkan daripada suatu pesta buku di ibu negara.
Kisah itu benar-benar mengharukan saya. Astaghfirullahalazim! Selama ini saya melandaskan ibadah hanya kerana inginkan ganjaran pahala, ingin memiliki sebuah pohon di syurga. MasyaALLAH! Dengan hanya sepotong ayat telah dapat menyedarkan saya untuk keberkahan seumur hidup saya InsyaALLAH.
Sedikit petikan daripada buku itu adalah mengenai betapa teruknya seorang hamba ALLAH yang hanya mendambakan ganjaran dalam ibadah dan segala kebaikan yang dilakukan seumur hidupnya. Namun, ada yang menyedarkannya, yang menyedarkan saya, bahawa setiap ibadah yang kita lakukan niat hanya kerana TAKUT kepada ALLAH, TAKUT terhadap azab-Nya, dan TAKUT kehilangan kasih sayang daripada-Nya.
"Dan adapun orang-orang yang takut kepada keagungan Tuhannya dan menahan diri dari keinginann hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya." (Surah an-Naziat [79] : 40-41)
Terdapat sebuah hadis Qudsi, Rasulullah Sallahu'alaihi Wassalam bersabda,
"Terdapat seorang lelaku yang tidak pernah berbuat kebajikan sam sekali, lelaki itu meninggalkan wasiat kepada keluarganya, 'Jika aku mati, maka bakarlah aku hingga hancur menjadi abu. Kemudian taburlah sebhagian abu itu di daratan dan sebahagian lagi di lautan. Demi ALLAH! Jika ALLAH menghisabku, pasti Dia akan mengazabku sengan azab yang tidak pernah ditimpakan kepada seorang pun di alam semesta"Betapa besarnya kuasa ALLAH, bahkan takut kepada-Nya sahaja akan mendapat ganjaran sehingga ALLAH menghapuskan segala dosa lelaki tersebut. Hanya kerana TAKUT kepada ALLAH.
Taat
Segala ibadah yang kita lakukan, bukan semata-mata kerana perintah ALLAH. ALLAH sangat kasih pada hamba-Nya sehungga mengeluarkan perintah dan larangan agar semua hamba-Nya berbuat kebaikan malah diberikan ganjaran yang besar terhadap kita.
Setipa ibadah yang kita lakukan, diberikan ganjaran pahala dan dijanjikan syurga oleh ALLAH. Ingatlah bahawa jika kita tergoda dengan keasyikan dunia dan menjadi sengsara, itu adalah salah kita sendiri kerana ALLAH telah memberikan peringatan terhadap kita, malah ALLAH telah menunjukkan jalan paling mudah untuk kita memperoleh kebahgiaan dunia dan akhirat InsyaALLAH.
Dalam Kitab Hikam, karya Ibn Atha'illah ada menyebut,
"ALLAH mewajibkan nkepadamu berbuat taat, padahal yang sebenarnya hanya mewajibkan kepadamu masuk ke dalam syurga-Nya (dan tidak mewajibkan apa-apa kepadamu hanya semata-mata supaya masuk ke dalam syurga-Nya)."Sesungguhnya kita sendiri yang menentukan nasib kita di dunia dan akhirat. ALLAH telah membuka jalan untuk kita, setiap hari, tanpa jemu ALLAH memberikan prtunjuk dan hidayah-Nya agar kita beroleh kebahagiaan dan kesenangan dunia dan akhirat. Namun, kita terlalu sombing, begitu senang ,elipakan Pencipta yang sentiasa memberi kejayaan untuk kita hari ini.
Wassalam.