Sahabat..

Saturday, December 11, 2010


Biarkan kerinduan di lautan memori
Mengimbau kenangan indah yang mengetuk emosi
Masih segar di ingatan saat mesra berputik
Hatimu bawa sinaran cahaya inspirasi

Sahabat...
kau sesungguhnya
Temanku...
dikala suka dan lara

Tika ku buntu
diselubungi sendu
Kau tiupkan ketabahan kuntum
mengukir senyuman

Bagaikan embun
hilang diterbit fajar
Kau pergi jauh mengejar cita
Menggapai redha Yang Esa

Duhai sahabat dengarkanlah
Bicara hatiku ini
Meskipun jarak memisahkan
Namun tiada rentap kasih

Biarlah waktu menetukan
nilai ukhwah yang terjalin
Teruskanlah perjuangan hingga
Ke titisan darah terakhir

Dan aku masih di sini
terus mendaki
puncak tertinggi hidupku

Dan aku terus menanti
saat yang manis
akan berulang kembali

Sahabat...
 _deVotEes_

wif lav,
 

Salam Perkenalan

Thursday, December 9, 2010

Pada 8 Dis 2010 dengan tidak rasminya lahirlah blog dengan label simplyme.com .
untuk memenuhi permintaan kakak dan kawan2 yang suruh saya cipta sebuah blog (:
*tp bru hr ni nk post something =,='
dan nak umumkan dulu bahawa sy tak arif dalam ber-blog-ing(!) )':
jadi saya sedia dengar segala kritikan daripada anda  ;)
di kesempatan ini saya nak ucapkan Salam Maal Hijrah 1432H kepada umat Islam di seluruh dunia
semoga kita dpt berubah drpd yg baik kpd yg lebih baik insyaAllah,,amiinn..

wif lav,